Supergirl☠
D'Owner!

Navigation : Hover the image



Entries About Linkies Pearl

Assalamualaikum. Welcome to my blog, do read and follow, okay? meloveyouu dear. muahh :*


Tagboard!



Credits!

Template: Nurul AtiQah
Edited By: Tasya Nazar
Others:   


Daftar di cfs pj

Hi assalamualaikum so kat sini nak share sikit pengalaman daftar masuk ke UIA dulu dari segi persiapan samapailah habis minggu orientasi in sha Allah kat sini harap boleh membantu adik adik yg nak daftar sem baru :)

Okay dulu i applied course engineering and sc computer as first choice and alhamdulillah i got what i want. So bila check upu dulu happy gak aa sebab dapat gak foundation engin kat uia ni so after dah download semua document yg dia nak(memang tebal gila bakhang habis ink printer rumah i) so dari awal awal lagi buat checklist what should i do next. Huhu isi borang tu dah satu mencabar sebab takboleh salah sikit kalau salah kau akan kena sign dekat page yang salah tu. Then settle dengan borang tu semua kau bayar yuran semua sebijik macam dia suruh tu jangan timggal satu pun tau kalau tak susah kau nanti.

Hari daftar tu time 2014 kita org kena pakai tudung putih sebab nak amik gambar matric card sekali time sampai tu. Once sampai uia tu akan ada sister brother uia yang akan guide korang. Fyi kat sini memang panggil bro sis kau akan rasa awkward mula mula tapi dah masuk uia takrasa pape dah cayelah!! Okay pastu bila sampai tu bro sis tu akan guide ke tempat daftar nama and time tu la kau tahu kau mahallah apa. Dulu aku mahallah khadijah(abu bakar sekarang) time tu ada lif lagi mmg heaven gila laa tapi second sem kena pindah sedih ngat ngat. Kau dapt kunci semua petang tu akan berkumpul ikut mahallah masing masing first day tu kau akan dengar briefing tempat kau tinggal semua. Ada la fasi fasi yang pada aku macam hmmmm okay lah baiklah jugak hmmm k pape jelah.

Then esoknya kau akan kena serah segala mak nenek form yang kau isi tu time tu dia dah ikut course kalau taksilap aku pun dah ingat ingat lupa. Dia akan guide pergi ke swamp(kau akan ada kelas kat sini) and kat situ lah ada lecturer tunggu kau beratur la siapkan semua. Penting untuk kau check balik betul tak kau isi tu semua jangan nanti kelam kabut cam aku hahahaha. Okay done

Esoknya ada ept(english placement test) and apt(arabic placement test) ni sumpah la aku cakap study dulu study duluuuu study duluuuu. Lebih2 lagi english kau tu kena reti buat graph semua ni aku bagi tips make sure time essay pasal graph tu kau kena ada laa bentuk graph tu menaik menurun takpun dia turun naik ke. Serious weh walaupun kau pandai english cane pun kau kena gak study dia pun contoh essay haha. Yang arabic nya kacang je haha bukan la kacang cane ni aku bagi tips kau score bab bab nahu yang bulat bulat objektif tu. Pastu yang jawab soalan based on passage tu walaupun kau takfaham kau tulis je ayat dalam passage sebijik bijik dalam ayat tu. And time essay kat belakang tu kau kalau dia nak surat kau tulis je nama dengan alamat semua kalau essay biasa tulis tajuk je pastu bantai je ismi abu bin ali. Pastu tajuk tu jangan tinggal tu dah kira format and satu markah kau leh dapat. Satu tu bermakna tau tak!!!

Pastu nanti ada fkt dengan tilawah test fkt tu fardu ain biasa je tilawah tu kau score jelah dua dua bagi  dapat study circle terus. Tu yang tentukan samada kau tilawah ke fardu ain ke study circle. Kalau tksilap dulu kelas tilawah ikut korang nak isi nak hari apa kalau study circle dengan fardu ain memang hari jumaat haha aku dulu tilawah best laa datang kelas ngaji satu ayat pastu balik huhuhuhu.
Orientasi semua cam biasa je kut aku ada je ponteng duk bilik serius tak ketat langsung cam orientasi u lain haha so syukur laaa dapat uia ya. Yang dapat uia tu congrats aku nasihat kan struggle la dari awal jangan macam aku hangat hangat akhir sem lebur hahaha. Hope this post helps!!

Im back!!

Ya Allah srsly last post 2014 hahahaha dah nak masuk tiga tahun takpernah bukak pun.
Ni pun bukak sebab rindu gila dekat budak intek teringat kalau rindu tengok jelah
blog dorang kan! Tup tup teringat dekat blog sendiri yang sekarang cam hape tah. Korang
rindu cechaa tak? Rindu tak? Hahaha kbye mulai saat ini aku sentiasa akan update blog ni
sebabnya kekadang rasa perlu jugak nak baca balik memori zaman dulu dulu. Aih semua orang
dah besar semua orang dah jauh rindu tbh tapi pasni semua orang dah kahwin lagi la life sendiri
sendiri je.